Wednesday, 31 August 2016

6.0
TANAMAN KELAPA SAWIT


6.1
Botani Tanaman Kelapa Sawit

Keluarga:      Arecaceae
N.Sains:        Elaeis guineensis Jacq.



6.1.1
Sifat pokok, akar, daun, bunga dan buah bagi tanaman sawit

Pokok sawit adalah pokok tegak, mencapai ketinggian 10m  dengan diameter batang  36cm  atau lebih. Kelapa sawit boleh mencapai 1800-2400cm tinggi secara semulajadi tetapi hanya antara 600 ke 900cm apabila ditanam. Pokok matang terdiri daripada satu batang tunggal yang tegak lurus menegak antara 30-60cm diameter, dan membesar 45 ke 90 pertahun.Kelapa Sawit liar boleh mencecah umur 20tahun, tetapi kelapa sawit ladang ditanam semula selepas berumur 25 tahun, bila mencecah 900cm tinggi kerana sukar untuk dituai.

Kelapa Sawit ialah jenis tanaman sejantina (monoecious) iaitu jambak bunga jantan dan bunga betina terletak berasingan antara satu sama lain tetapi pada pokok yang sama. Jambak bunga keluar dari celah-celah pelepah daun.

Jambak bunga hermaphrodite (bunga jantan dan bunga betina pada jambak yang sama) biasanya berlaku semasa permulaan pengeluaran jambak bunga.

  I.        Jambak bunga jantan
·         Bentuk jejari (spikelet) panjang 12 – 20cm.
·         Terdapat 200 spikelet satu tandan.
·         Debunga warna putih keputihan (mengorak dari pangkal ke hujung spikelet) purata berat debunga 25 - 50 gm sejambak.
·         Jangka masa mengorek ialah 2 - 3 hari dan berbau seperti jintan manis.
·         Selepas jangkamasa mengorak, spikelet berwarna coklat dan mula reput.
·          
 II.        Jambak bunga betina
·         Bentuk kudup, 24 - 45 sm panjang.
·         Spikelet berbentuk duri tersusun dalam lingkaran pada jambak.
·         Terdapat beribu bunga betina yang keluar dari spikelet (stigma berbentuk trilobe).
·         Jangkamasa bunga betina mengorak, 3 - 5 hari dan warna stigma putih kekuningan.
·          bunga mengorak dari atas ke bawah dan berbau seperti jintan manis.
·         Selepas jangkamasa mengorak stigma berwarna coklat merah kelabu.

III.        Buah kelapa sawit










·         Buah kelapa sawit adalah jenis derup (mengandungi perikap di sekeliling bijinya)
·         Buah masak 5 - 6 bulan selepas pendebungaan
·         Satu tandan pokok dewasa boleh mempunyai purata 1,600 buah
·         Purata berat setandan ialah 20 - 30 kg
·         Minyak didapati dari sabut dan isirong

IV.        Akar
·         Akar serabut tanaman kelapa sawit mengarah ke bawah dan sampingan.
·         Selain itu juga terdapat beberapa akar napas yang tumbuh mengarah ke atas untuk mendapatkan tambahan pengudaraan.

V.        Daun
·         Seperti jenis palma lainnya, daunnya tersusun majmuk menyirip. Daun berwarna hijau tua dan pelepah berwarna sedikit lebih muda.
·         Penampilannya agak mirip dengan tanaman salak, dimana duri tumbuh pada sisi daun tua yang tidak terlalu keras dan tajam apabila menghujung.


6.2
Keperluan Asas Tanaman



6.2.1
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman

  I.        Tanah
·         Tanah yang sesuai untuk kelapa sawit adalah seperti berikut asalkan ada pengudaraan dan perparitan yang memuaskan.
·      Tanah dataran yang gembur, tidak berlapisan batu/batu kerikil yang padat 1.2 m daripada permukaan tanah
·         Tanah lanar gembur berdekatan laut atau sungai dan tanah liat gembur berlapisan di bawahnya dengan tanah liat peroi.
·         Tanah gambut (tidak lebih dari 1 meter dalam) yang berlapisan di bawahnya dengan tanah liat yang peroi
·      Tanah kapar (iaitu gambut yang sudah kecut dan telah bercampur dengan tanah liat di lapisan bawahnya).

 II.        Iklim              
·                Iklim yang sesuai untuk kelapa sawit adalah seperti berikut:
-       Hujan 2000 mm atau lebih setahun, tanpa musim kering yang nyata.
-       Purata suhu maksima 29 - 30 oC.  Purata suhu minima 22 - 24 oC.
-       Cahaya matahari terus menerus 5 jam / hari setiap bulan dalam setahun.


6.3
Kultivar Tanaman



6.3.1

Jenis-jenis klon dan hibrid

  I.        Dura
·         Tempurung tebal 2 - 8 mm
·         Tiada gelang serabut di keliling biji
·         Nisbah mesokap dengan buah biasanya antara 35 - 50%
·         Kandungan minyak pada mesokap berbanding dengan berat tandan    ialah 17-18%

 II.        Pisifera
·         Tiada tempurung
·         Ada gelang serabut di keliling biji
·         Mesokapnya besar kerana tiada tempurung
·         Kebanyakan bunga betina adalah mandul di mana kebanyakan tandan  gugur pada peringkat awal pertumbuhan
·         Mengeluarkan bunga jantan yang subur, sebab itu ia dijadikan sebagai induk jantan

III.        Tenera
·         Tempurung nipis, kurang 3 mm
·         Ada gelang serabut di keliling biji
·         Nisbah mesokap dengan buah tinggi, iaitu 60 - 96%
·         Nisbah minyak dengan berat tandan ialah  22 – 24%diperolehi dari kacukan dura (induk betina) x pisifera (induk jantan)

IV.        Olifera
·         Buahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Tenera, Dura dan  Pisifera
·         Tidak sesuai untuk minyak
·         Sabut nipis dan tempurung agak tebal
·         Terdapat isirong



6.3.2

Jenis-Jenis Bahan Tanaman

Jenis Bahan Tanaman yang boleh di dapati dari Agen Pembekal


      i.        Biji benih belum bercambah

Perlu direndam dalam air terlebih dahulu untuk memulahkan percambahan.


    ii.        Biji benih telah bercambah
Siap untuk disemai dalam polibeg di tapak semaian.

   iii.        Anak benih tanpa polibeg
Berumur lebih  kurang 3 bulan dengan 2 atau 3 helai daun telah kembang.Tidak digalakan kerana banyak kerosakan berlaku kepada benih
   iv.        Anak benih dalam polibeg kecil
Berumur lebih kurang 3 bulan dalam polibeg berukuran 15 x 23 cm dan Perlu diubah ke polibeg besar dan dijaga selama 8 bulan sebelum ditanam di ladang.
    v.        Anak benih dalam polibeg  besar
 Berumur lebih kurang 11 bulan dan siap untuk ditanam di   ladang.



6.3.3
Penyediaaan hibrid dan klon tanaman

Kultivar-kultivar yang disyorkan ialah hibrid dari kacukan Dura x Pisifera secara    pendebungaan terkawal dan perlu diperolehi dari pengeluar-pengeluar bertauliah.

      i.        Pendebungaan terkawal
Ialah proses kacukan antara Dura x Pisifera untuk mendapatkan Tenera.Baka jantan terpilih jenis Pisifera diambil debunganya dan dikacukkan dengan baka betina terpilih dari jenis Dura.

    ii.        Tujuan Pendebungaan Terkawal
Untuk mendapatkan bahan tanaman terpilih (biji benih) dari baka terbaik, setelah melalui beberapa peringkat penyelidikan. Biji benih yang tidak bermutu akan mengurang hasil sehingga 25% setahun di ladang sehingga pokok itu tua.

   iii.        Langkah-langkah pendebungaan terkawal

a.    Pengumpulan bunga jantan
·         Bila upih jambak mulai pecah/koyak (7 - 10 hari sebelum debunga matang) jambak terpilih bunga jantan pisifera dibungkus dengan beg bertingkap plastik.
·           Sebelum membungkus, sembur larutan formalin 40% (1 bahagian formaldehyde + 10 bahagian air suling) untuk membunuh semua debunga asing dan organisma hidup
·           Pangkal jambak disalutkan dengan kapas yang telah dirawat dengan racun serangga semasa mengikat beg pendebungaan.
·         Selepas debunga matang, bunga di dalam beg digoncang dan dikumpulkan dalam beg kertas.
·         Debunga ditapis dan dikeringkan dalam oven suhu 35 - 40 oC selama 48 jam

b.    Penyediaan jambak Bunga Betina
·           Sembur  jambak bunga betina Dura terpilih dengan larutan formalin 7 - 10 hari sebelum bunga matang (mengorak).
·           Balut jambak dengan beg kanvas (61 x 48 sm) bertingkap plastik.
·           Apabila bunga betina matang (mengorak), buatkan satu lubang kecil di bahagian atas pembungkusnya.
·           Kemudian pancutkan debunga (dalam penyembur plastik) 5 kali tiap-tiap hujung dalam beg. Tepuk-tepukan beg.
·         Beg dibiarkan sehingga buah masak.

c.    Penyediaan biji untuk percambahan
·         Pilih biji yang baik (dari pendebungaan terkawal)
·         Spikelet diceraikan dari tandan dan disimpan dalam guni 2 - 3 hari supaya buah tidak relai dari spikelet.
·         Buah-buah dimasukkan ke dalam mesin ‘dipericarper’ selama 1- 2 jam untuk buang sabut.
·         Kikis biji yang kurang bersih dan pilih biji-biji yang baik, kemudian basuh dengan larutan thiram (racun kulat) selama 2 minit.
·         Biji dikeringkan di atas para pengering bersuhu bilik selama 48 jam.
·         Selepas itu disimpan di dalam setor (suhu 18 - 20 oC) atau terus dicambahkan dengan kandungan kelembapan biji 18 - 19%.


6.4
Persediaan Sebelum Menanam



6.4.1

Benih Tanaman dan Tapak Semaian

      i.        Langkah-langkah percambahan Biji Benih Cara NIFOR
·           Masukkan biji-biji (telah kering) ke dalam beg plastik lutsinar (30 x 45 sm) 500 biji/beg
·           Beg-beg tersebut dimasukkan ke dalam bilik haba 38 - 40 oC selama 40 hari untuk mempercepatkan percambahan yang sekata dan serentak.
·           Periksa kelembapan dan jangkitan kulat setiap 10 hari.
·           Selepas 40 hari, biji-biji dikeluarkan dan direndam dalam air selama 2 - 3 hari supaya kelembapan biji meningkat sehingga 20 - 22%
·           Biji-biji tersebut dicuci dan direndam dalam larutan pencegah kulat tidak melebihi 2 minit.
·           Masukan biji-biji (dalam keadaan lembab) ke dalam beg plastik lut cahaya 500 biji/beg.
·           Letakkan atas para pengering  di bilik percambahan bersuhu bilik.
·           Biji akan bercambah 7 - 10 hari hingga 30 hari, percambahan boleh mencapai 90%.
·           Selepas 10 - 14 hari, biji-biji yang bercambah dan cergas boleh terus disemai dalam polibeg.
·           Biji-biji yang rosak diasingkan.
·           Biji-biji yang baik akan mempunyai akar yang sederhana panjang, tidak patah pucuk dan tidak berpenyakit.
·           Jangkamasa dari membungkus bunga betina sehingga biji bercambah dan disemai dalam polibeg ialah 8 - 10 bulan.

    ii.        Benih terbaik ialah jenis Tenera dan boleh dipesan dari agensi-agensi penyelidikan yang diakui oleh kerajaan. Beberapa pembekal yang diakui oleh kerajaan.
·         FELDA Sungai Tekam Pahang.
·         Oil Palm Research Station, Banting, Selangor. (Golden Hope)
·         Chemara Agriculture Service, Seremban, Negeri Sembilan.
·         The United Plantation Research Station, Telok Intan,  Perak.
·         Applied Agroecolgical Research station Sg. Buluh Selangor.
·         Stesen Penyelidikan Jabatan Pertanian, Ulu Dusun Sandakan.

   iii.        Tapak semaian

Tanaman yang baik di ladang bermula dari tapak  semaian yang baik pengurusannya dan kawalannya.

a.    Ciri-ciri tapak semaian yang sempurna

·           Tempat rata, tidak berpenyakit, senang dilawat, tidak banjir dan dekat dengan lading
·           Terdapat tanah yang sesuai (lom berpasir) untuk tanah campuran
·           Dekat dengan punca air (untuk menyiram)
·           Dekat dengan jalan utama
·           Mempunyai lindungan untuk biji benih yang baru bercambah

b.    Kepentingan tapak semaian

·         Penjagaan awal yang sempurna
Pengumpulan anak benih setempat akan memudahkan perlaksanaan kerja penyelenggaraan  dengan sempurna seperti membaja, menyiram dan kawalan rumpai.

·         Pertumbuhan yang seragam
·         Tapak semaian dapat menjamin tumbersaran anak benih yang seragam/sekata. Penting untuk memudahkan operasi penyelenggaraan ladang.

·         Memudahkan kerja pemilihan
Pemilihan anak benih yang subur dan sihat untuk ditanam ke ladang mudah dilakukan  di tapak semaian

·         Memudahkan penggantian anak benih
Penggantian anak benih yang mati atau terbantut dapat dibuat terus pada peringkat awal lagi kerana anak benih yang mati, terbantut atau rosak mudah dikesan di tapak semaian.

·         Mengurangkan risiko serangan musuh dan penyakit
Pada peringkat pertumbuhan awal, anak benih sawit terdedah kepada serangan musuh dan penyakit. Pengumpulan anak benih setempat dapat mengurangkan risiko ini melalui perlaksanaan langkah-langkah kawalan dan penyelenggaraan secara menyeluruh.

·         Memudahkan perancangan kerja
Bagi kegiatan pembukaan tanah secara besar-besaran, biji benih sawit boleh disediakan  berdasarkan kepada keperluan. Perancangan awal ini boleh mengelakan masalah benih  tidak mencukupi setelah ladang siap dibersihkan dan sedia untuk ditanam

·         Pencapaian hasil tinggi
Anak benih sawit yang telah diberi penjagaan dan pengawasan rapi dapat menjamin  pengeluaran hasil yang tinggi di ladang, jika amalan pengurusan ladang yang baik dilaksanakan selepas anak benih ditanam ke ladang.

   vi.        Terdapat dua jenis tapak semaian sawit iaitu:- 

a.    Tapak Semaian Satu Peringkat -  menggunakan satu peringkat polibeg
b.    Tapak Semaian Dua Peringkat -  menggunakan dua peringkat polibeg

Langkah-langkah Penyediaan Tapak  Semaian Satu Peringkat

a.    Keperluan bahan
·         Polibeg hitam berukuran 38 x 51 sm setebal 0.12 mm.
·         Polibeg hitam berukuran 46 x 61 sm setebal 0.12 mm untuk pokok gantian.  (Bahagian tengah hingga bawah polibeg terdapat lubang-lubang kecil garispusat 5 mm dengan jarak 8 x 8 sm).
·         Nisbah tanah campur yang disyorkan
Ø  3 tanah atas : 1 tanah lanar : 1 pasir
Ø  3 tanah atas : 1 pasir
Ø  6 tanah liat gembur : 2 pasir : 1 baja organic

b.    Mengisi tanah dalam polibeg
  • Dilakukan sebulan sebelum menyemai.
  • Tanah kasar dan batu dibuang.
  • Elakkan bahan organik yang tinggi seperti ‘muck’ atau gambut kerana akar benih boleh terencat dan menyebabkan serangan Culvularia, pastikan tanah kering untuk mengelakkan perangkap lompang.
  • Siram 2 kali/hari untuk mampatkan tanah dalam polibeg, jika tanah menurun selepas disiram, tambahkan tanah dan ulang proses hingga paras tanah 2.5 sm dari atas polibeg.
  • Polibeg untuk pokok gantian disediakan 5% dari jumlah anak benih.
  • Pokok boleh disimpan sehingga 24 bulan

c.    Susunan Polibeg
·         Disusun rapat (4 beg lebar dan 25 beg panjang).
·         Jarak antara jalur beg dengan lorong ialah 0.6 m dan jarak antara petak 0.3 m.
·         Susunan beg diubah selepas 3 bulan disemai

d.    Menyemai Biji
·         Siram air secukupnya pada beg.
·         Benih perlu disemai selewatnya 4 hari dari tarikh terima benih.
·         Semai dengan permukaan atas benih 1.8 sm di bawah permukaan tanah dan tidak terlalu dalam.
·         Pastikan pucuk ke atas dan akar ke bawah (akar keras dan berwarna gelap coklat dan pucuk lembut berwarna terang keputihan).
·         Cara semai, korek lubang dengan tangan sedalam 1.8 sm, lebar 2.5 sm dan tekan perlahan-lahan serta kambus.
·         Siram selepas kambus

e.    Sungkupan
·         Digalakkan untuk mengawal kelembapan, menurunkan suhu tanah dan mengelakkan kerosakan tanah semasa menyiram.
·         Guna lalang kering (dipotong-potong), batu sungai halus, pasir kasar bersih atau pecahan tempurung kelapa sawit.
·         Ketebalan sungkupan 2.5 cm

Langkah-langkah Penyediaan Tapak Semaian Dua Peringkat

·         Cara yang sama dengan tapak semaian satu peringkat kecuali pada peringkat awal polibeg berukuran 15 x 23 sm digunakan.
·         Apabila anak benih berumur 4 - 5 bulan (4 -5 helai daun) ia diubah ke polibeg kedua berukuran 38 x 51 cm (peringkat pertama 15cm x 23 cm).
·         Anak benih boleh dibiarkan sehingga 16 bulan.

  vii.        Penyelenggaraan di tapak semaian

a.    Menyiram
·         2 kali sehari (jika tiada hujan) iaitu sebelum 11.00 pagi dan selepas 4.00 petang.

b.    Mengawal Rumpai
·         Sekali/bulan antara polibeg dan di dalam polibag secara manual
·         Jika racun digunakan, perlulah dari jenis sentuh serta menggunakan kon untuk keselamatan benih.
c.    Membaja
·         Dari peringkat umur 2 helai daun hingga kebulan ke empat gunakan larutan Urea (25  g Urea + 100 liter air/100 pokok) dan larutan Ammonium fosfat berselang seminggu sekali.  Anak benih dibilas selepas siraman baja.
·         Anak benih yang berumur 4 bulan dan ke atas, pembajaan adalah seperti berikut:
Umur anak
benih (bulan)
Kekerapan
sebulan
Kuantiti N : P : K : Mg (g/benih)
14 : 13 : 9 : 2.5
12 : 12 : 17 : 2
4
2
14
-
5
2
-
28
6
2
28
-
7
2
-
42
8
2
42
-
9
2
-
56
10
2
56
-
11
1
-
70
12
1
70
-
13
1
-
84
14
1
84
-




6.4.2
Penyediaan kawasan penanaman

  i.        Mengukur kawasan
·         Kawasan ladang perlu diukur sempadannya supaya keluasan yang sebenar dapat di tentukan

    ii.        Perparitan
·         Penting untuk menanda sempadan dan mengelak air bertakung yang boleh menyebabkan hakisan tanah.
·         Untuk mendapatkan paras air yang sesuai, parit besar dibina terlebih dahulu sebelum parit-parit kecil dibina.
·         Ukuran parit utama - 1m lebar dasar, 1.2 m dalam dan 1.5 m lebar atas.
·         Ukuran parit cawangan - 0.3 lebar dasar, 0.6 m dalam dan 1 m lebar permukaan (atas)

   iii.        Membaris
·         Untuk mendapatkan tanda lubang tanaman.
·         Dibuat arah Utara - Selatan supaya tanaman mendapat cahaya matahari

   iv.        Teres
·         Dibuat mengikut kontor.
·         Berukuran 1.8 m - 2.4 m lebar dan mengikut jarak tanaman.
·         Dibina di kawasan yang sangat curam bertujuan untuk mengelakkan hakisan, memudahkan penyelenggaraan dan kutipan hasil.

    v.        Jalan Ladang
·         Perlu dibina untuk melancarkan pergerakkan aktiviti di ladang

   vi.        Lubang tanaman
·         Lubang tanaman seluas 1m x 1m x 0.5m perlu disediakan terlebih dahulu sebelum anak pokok di bawa ke ladang.
·         Seelok-eloknya penanam di lakukan semasa awal musim hujan untuk memberikan bekalan air secukupnya kepada anak pokok.

6.5
Kaedah Penanaman



6.5.1

Sistem dan jarak penanaman

·         Sistem tanaman yang digunakan ialah 3 segi dan 4 segi.
·         Sistem 3 segi lebih kerap digunakan
Jarak tanaman
Jumlah pokok
Meter
Kaki
Hektar
Ekar
6.1
20
309
124
7.6
25
199
80
8.8
29
148
60
9.1
30
139
55
9.4
31
130
52
9.8
32
120
48
10.7
35
100
40













A.   Sistem 4-Segi

   Jumlah pokok/ha.          =           Luas kawasan sehektar
Jarak tanaman
                                                                                                                       =               10 000m2
                                                       Jarak tanaman
Contoh pengiraan :
·         Jika jarak tanaman ialah 8.8 m x 8.8 m
·         Jumlah pokok/ha     =      10 000 m2     
                                 Jarak tanaman
                              =      10,000 m2
                                              8.8 m x 8.8 m
                              =   129 pokok.



B.   Sistem 3 - Segi

Jumlah pokok/ha   =  Luas kawasan sehektar   x   1.15
                                        Jarak tanaman
                                        =       10 000m2      x     1.15
                                        Jarak tanaman
Contoh pengiraan :

·         Jika jarak tanaman ialah 8.8 m x 8.8 m x 8.8 m
·         Jumlah pokok/ha     =       10 000 m2   x  1.15
                                   Jarak tanaman
                              =      10,000 m2      x   1.15
                                             8.8 m x 8.8 m
                                           =    148 pokok.



6.5.2

Teknik penanaman

  i.        Menanam Penutup Bumi
·         Penutup bumi adalah tanaman dari jenis kekacang yang menjelar misalnya Mucuna bracteata, Pueraria spp., Centrosema spp. dan Calopogonium spp.
·         Tujuan menanam penuntup bumi:
o   Meninggikan kesuburan tanah melalui pengikatan nitrogen oleh bintil akar.
o   Mengawal  hakisan terutama di kawasan curam.
o   Mengekalkan kelembapan tanah.
o   Membaiki struktur tanah dan pengudaraan.
o   Mengawal rumpai yang tidak dikehendaki

 ii.        Persediaan di tapak semaian sebelum menanam keladang
·         Pastikan anak benih berumur sekurang-kurangnya 11 bulan sebelum ditanam di lading.
·         Anakbenih telah melalui pemilihan/penakaian peringkat terakhir.
·         Siram air sekurang-kurangnya 19 liter/pokok dihari anak benih akan diangkut keladang.

iii.        Penanaman di ladang
·         Tabur baja rock phosphate (CIRP), 250 - 350 g/lubang bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar.
·         Koyakkan polibeg dan masukkan anak benih menegak dan kambus.
·         Pastikan buku pangkal pokok tidak tertanam/kambus.
·         Jika pangkal pokok lemah, tanam dalam sedikit.
·         Tanah dikeliling pokok dipadatkan


6.6
Amalan Pengurusan Tanaman



6.6.1

Keperluan dan kekerapan penyiraman

·         Peringkat awal penanaman keupayaan akar untuk mendapatkan air adalah rendah maka penyiraman yang secukupnya di perlukan.
·         Kadar penyiraman 2 kali sehari di perlukan dengan kuantiti yang banyak dan diberhentikan jika terdapat hujan turun



6.6.2
Jenis, kekerapan dan teknik pembajaan

Keperluan baja sebenar berbeza bergantung kepada lokasi, umur pokok, jenis tanah, iklim dan cara pengurusan.

  i.        Kaedah Membaja
·         Bagi pokok berumur kurang 5 tahun.
Baja ditabur secara bulatan merangkumi keluasan rimbunan daun (canopy).

·         Bagi pokok dewasa lebih 5 tahun.
Akar-akar akan menjalar melewati kawasan kedapatan zat makanan dan air.
Oleh itu pembajaannya adalah seperti berikut:-
o   Baja ditabur di tempat yang sama.
o   Baja ditabur seberapa luas kawasan yang boleh.
o   Pelepah yang dipotong diletakkan ditempat yang sama.

 ii.        Jadual dan Kadar Pembajaan

Kuantiti Keperluan Baja (Kg) Setiap Pokok / Tahun

Jenis Tanah
Jenis
Baja
Umur Pokok Di Ladang (Tahun)
1
2
3
4
5 ke atas
Tanah Lanar Laut (Coastal Clay Soils)
SA
0.3 - 0.5
0.6 - 0.8
1.2 - 1.6
1.6 - 2.2
2.2 - 2.6
Urea
0.1 - 0.3
0.2 - 0.4
0.5 - 0.7
0.8 - 1.0
0.9 - 1.1
CIRP
0.1 - 0.3
0.2 - 0.4
0.6 - 0.7
0.8 - 1.0
0.9 - 1.1
MOP
0.3 - 0.6
0.7 - 1.0
1.8 - 2.1
2.3 - 2.6
2.6 - 2.9
Kieserite
0.1 - 0.3
0.1 - 0.3
0.3 - 0.6
0.4 - 0.7
0.5 - 0.8

Jenis Tanah
Jenis
Baja
Umur Pokok Di Ladang (Tahun)
1
2
3
4
5 ke atas
Tanah pedalaman
(Inland soil)
SA
0.6 - 0.9
0.8 - 1.1
1.3 - 1.6
1.8 - 2.1
2.3 - 2.6
CIRP
0.3 - 0.6
0.3 - 0.6
0.5 - 0.8
1.8 - 1.1
1.0 - 1.3
MOP
0.3 - 0.6
0.7 - 1.0
1.8 - 2.1
2.3 - 2.6
2.6 - 2.9
Kieserite
0.1 - 0.3
0.1 - 0.3
0.3 - 0.6
0.4 - 0.7
0.5 - 0.8





6.6.3
Teknik pendebungaan

Pada peringkat awal pengeluaran bunga betina dan jantan, pokok kelapa sawit agak muda dan perlu di buang bunganya untuk member peluang pokok kelapa sawit membesar  dengan sempurna.

  i.        Mengkasi bermaksud membuang jambak bunga (bunga betina dan jantan) pada pokok muda.
·         Dijalankan bila pokok mula mengeluarkan bunga, berumur 14 - 24 bulan selepas ditanam di ladang (kekerapan - 30 hari satu pusingan).
·         Jumlah pusingan hingga mula menuai ialah 10 kali.
·         Hentikan mengkasi 6 bulan sebelum penuaian pertama

    ii.        Tujuan mengkasi
·         Penuaian tandan buah awal yang kecil tidak ekonomik (kandungan minyak rendah).
·         Pengeluaran bunga peringkat awal tidak kekal, jika dibiarkan, ia akan reput disebabkan penyakit reput tandan akibat kulat Marasmius dan serangan ulat Tirathaba.  Tikus juga sangat gemar kepada keadaan ini.
·         Menggalakkan pertumbuhan tampang pokok.
·         Membolehkan saiz seterusnya lebih besar dan pertumbuhan pokok yang sekata.

   iii.        Cara mengkasi

·         Tandan bunga mudah/kecil (3 - 4 bulan pertama) ialah dengan menarik keluar jambak bunga dengan tangan (pakai sarung tangan tebal).
·         Jambak bunga besar, pakai pahat 3”.
·         Kumpul dan buang di satu tempat, jangan bertaburan.
·         Jangan rosakkan pelepah pokok.
·         Dewasa ini pendebungaan kelapa sawit dijalankan oleh kumbang Elaeidobius kamerunicus.  Ia dibawa masuk dari Afrika Barat pada tahun 1981. Edaran hidupnya adalah sempurna dan hidup pada jambak bunga jantan kelapa sawit. Kumbang-kumbang ini hinggap pada.
·         Bunga betina kerana tertarik pada bau bunga betina Ia tidak boleh hidup pada tanaman lain.
·         Kumbang betina bertelur pada bunga jantan. Biasanya satu telur satu floret (bunga kecil)



6.6.4
Pemangkasan

Pemangkasan pelepah merupakan salah satu amalan penting yang mempengaruhi pengeluaran hasil sawit. Dari segi pengurusan tanaman sawit, memangkas bermakna memotong dan membuang pelepah yang tidak berfungsi atau pelepah di mana fotosintesis telah berhenti atau ditahap yang minimum.

  i.        Tujuan pemangkasan pelepah

a.    Memudakan penuian
·         Bilangan pelepah yang optimum dan tersusun elok akan memudahkan penuaian

b.    Memudahkan penilaian kemasakan buah
·         Penuai senang mengenal pasti tandan yang masak semasa mencari buah masak

c.    Mengurangkan kehilangan buah relai.
·         Jumlah buah relai yang tersangkut pada celah-celah pelepah dapat diminimakan
d.    Mengurangkan kejadian penyakit
·         Pelepah yang banyak dan berserabut menyebabkan keadaan persekitaran tandan buah lembab dan sesuai untuk penyakit kulat yang menyerang tandan buah seperti Marasmius palmivorus.

    ii.        Kesan pemangkasan yang belebihan

a.    Bilangan dan berat tandan akan berkurangan.
b.    Hasil BTS menurun dengan ketaranya jika bilangan pelepah kurang dari 32 pelepah/pokok dalam satu masa.
c.    Lebih banyak bunga jantan dikeluarkan oleh pokok sawit.
d.    Hasil rendah biasanya berlaku dua tahun selepas pemangkasan berlebihan dibuat. Ini kerana pembentukan bunga berlaku lebih kurang 20 – 24 bulan sebelum tandan masak.
           
   iii.        Panduan pemangkasan pelepah
           
Untuk mendapatkan tahap pemangkasan yang optimum, berikut diberikan jumlah pelepah yang perlu sentiasa disimpan mengikut umur.

a.    Pokok muda di bawah 4 tahun.
·         Buang pelepah yang kering sahaja. Walaubagaimanapun, tiada pemangkasan langsung bagi pokok muda yang ditanam di tanah gambut kerana ia akan mengakibatkan pokok rebah semasa angin kuat. Curi tandan iaitu memotong buah tanpa memangkas pelepah di bawahnya adalah digalakkan



b.    Pokok berumur 4 – 7 tahun
·         Simpan 40 – 48 pelepah/pokok. Tinggalkan 2 – 3 pelepah di bawah tandan yang terbawah sekali.

c.    Umur 8 – 14 tahun
·         Simpan 40 – 48 pelepah/pokok. Tinggalkan 2 pelepah di bawah tandan yang terbawah sekali.

d.    Umur melebihi 15 tahun
·         Simpan 32 – 40 pelepah/pokok. Tinggalakan 1 – 2 pelepah di bawah tandan yang terbawah sekali

   iv.        Cara dan masa memangkas

·         Pemangkasan dibuat dengan menggunakan pahat atau sabit pemotong tandan mengikut ketinggian pokok. Potong pangkal pelepah seberapa rapat yang boleh dengan batang sawit. Ini untuk mengelakan buah relai daripada tersangkut di celahnya.
·         Pangkal pelepah yang panjang boleh menyebabkan pelepah-pelepah di atasnya tumbuh menegak dan memberi kesan negatif terhadap pengeluaran hasil.
·         Kekerapan dan masa memangkas bergantung kepada kesesuaian pengurusan ladang. Program pemangkasan sekali atau dua kali setahun adalah memadai, walaubagaimanapun,  program ini tidak perlu jika pemangkasan dilakukan dengan betul dan teratur pada setiap pusingan menuai.
·         Pelepah yang telah dipangkas disusun dengan teratur iaitu disusun dengan selang sebaris





6.6.5
Jenis, simptom dan kawalan perosak

 i.          Perosak-Perosak Kelapa Sawit Di Ladang



Perosak
Kerosakan/Tandan
Kawalan
Anai-anai

Merosakkan bahagian akar hingga pucuk (semua peringkat umur pokok).  Jika serius sebabkan kematian pokok
Sembur larutan Dieldrex
Ulat bulu Nettle
Makan tisu daun yang lembut
Sembur Plumbum arsenat
150 g/4.5 liter air atau Dipterex
15 gm/4.5 liter air
Ulat bungkus
Makan daun
Sembur Plumbum arsenat
150 g/4.5 liter air atau Dipterex
15 gm/4.5 liter air
Ulat tandan
Makan bunga dan tandan buah
Guna 30 ml Endosulphan bagi setiap 15 liter air.
Kumbang badak/tanduk
Menyerang semua peringkat umur, pada pangkal pelepah muda hingga ke umbut, menyebabkan tunas reput

Musnahkan tempat pembiakan dengan membakar atau meracun batang dan tungkul kayu lama
Landak
Makan umbi batang pokok muda
Memburu atau letak serbuk Zink fosfid dekat pangkal pokok.
Tikus
Makan buah dan tunas pokok muda
Menembak, perangkap atau racun dengan Zink fosfid atau Warfarin

Babi hutan
Memakan tisu muda dan umbut kelapa sawit
Tembak atau boleh gunakan perangkap

Gajah

Makan tisu muda, pucuk dan umbut kelapa sawit


Halau ke hutan atau pasang pagar letrik







6.6.6
Jenis, simptom dan kawalan penyakit




Perosak
Kerosakan/Tanda
Kawalan
Reput pucuk
(Spear and bud rot)
Biasanya terdapat pada pokok muda, akibat serangan kumbang badak.  Daun dan pucuk reput dan busuk.  Jika kerosakan pada pucuk, pokok boleh terbantut
Musnahkan pucuk-pucuk pelepah berpenyakit. Tempat berpenyakit, sembur racun kulat seperti Thiram.
Penyakit Umbut
(Crown disease)
Biasa berlaku pada pokok muda. Bantutkan pokok.  Pucuk dan pelepah kemerahan dan daun bengkok
Disebabkan oleh faktor genetik. Akan pulih sendiri.
Reput tandan (Marasmius)
Berlaku pada musim hujan, maisilium kulat warna putih terdapat pada tandan
Tandan reput dimusnahkan
Reput batang bahagian atas (Fomes)
Biasanya berlaku pada pokok umur lebih 10 tahun.  Daun kuning dan mati dari hujung ke pangkal seterusnya merebak ke pucuk.
Kawalan awal (terutama bekas tanaman kelapa/getah)
Musnahkan tunggul/batang yang berpenyakit
Reput pangkal batang
(Ganorderma)
Berlaku pada pokok mudah dan tua. (Apabila jangkitan dikesan penyakitnya telah berada diperingkat bahaya) menyebabkan pucuk-pucuk tidak kembang dan kemudiannya layu.
Kawalan awal (terutama bekas tanaman kelapa/getah)
Musnahkan tunggul/batang yang berpenyakit. Belum ada kawalan kimia yang berkesan.











6.6.7
Pengawalan rumpai

    i.       Tujuan
·         Supaya kawasan keliling dan antara pokok bebas dari habitat serangga dan penyakit.
·         Mengelakkan saingan baja oleh rumpai.
·         Menggalakan pertumbuhan tanaman penutup bumi.
·         Kebersihan parit, lorong dan jalan lading.
·         Memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan lading.

   ii.       Kawalan rumpai di Kawasan Pokok Muda
·         Gunakan cangkul dan elakkan penggunaan racun kimia.
·         Cara bulatan 1 meter dari pangkal pokok.
·         Dilaksanakan 2 bulan sekali sehingga 3 tahun umur pokok di ladang

 iii.       Kawalan Rumpai di Kawasan Pokok Matang
·         Dilaksanakan 3 bulan sekali (4 kali/tahun).
·         Gunakan cangkul atau racun kimia.  Jika gunakan racun kimia, kon perlu digunakan dimuncung penyembur.
·         Sebaiknya 2 kali gunakan cangkul dan 2 kali gunakan racun kimia secara berselang.
       
 iv.       Kawalan Rumpai antara Barisan
·         Bersihkan segala jenis rumpai seperti lalang, anak kayu dan sebagainya.
·         Gunakan cangkul atau racun kimia





6.7
Kematangan dan Pengutipan Hasil



6.7.1

Indeks kematangan hasil

·         Piawaian minima tandan masak adalah tertakluk kepada piawai operasi (standard of procedure SOP) estet masing-masing. Contohnya ialah setelah sekurang-kurangnya sebiji buah jatuh daripada satu tandan. Ada juga yang berdasarkan kepada sekurang-kurangnya lima buah gugur daripada satu tandan.
·         Sebagai alternatif, tandan masak juga boleh ditentukan dengan melihat warna mesokarp. Tandan dikira masak apabila mesokarp berwarna oren kemerahan, mengkal apabila berwarna kuning oren dan mudah apabila berwarna kuning.



6.7.2

Proses dan tempoh penghasilan buah

·         Mengeluarkan hasil selepas 2 ½ - 3 tahun ditanam di ladang.
·         Buah dituai (matang) 5 - 6 bulan selepas pendebungaan.
·         Minyak yang berkualiti tinggi ialah apabila buah mengandungi asid lemak bebas (FFA) paling rendah iaitu    2- 3% dan jika 5% atau lebih, kualiti minyak dikira rendah dan harga pasarannya akan jatuh.
·         Asid lemak bebas (FFA) buah yang masih melekat pada tandan ialah 0.2 - 0.7%, dan apabila buah gugur FFA naik 1% dalam masa 24 jam dan terus naik pada kadar 0.9% setiap hari maka adalah  mustahak ketepatan waktu menuai, kebersihan dan kecederaan buah diambil kira untuk mengawal kenaikan FFA dan seterusnya mrendahkan harga pasaran minyak.



6.7.3
Pengutipan hasil

 i.          Prinsip menuai
·         Menuai pada darjah tertentu, kemasakan buah, dan pusingan menuai yang sesuai supaya minyak bermutu tinggi.
·         Pusingan menuai jangan terlalu panjang.
·         Buah yang belum masak pula, janganlah terlalu masak pada pusingan menuai akan datang.
·         Pada musim buah berterusan masak, pusingan tuai dipendekkan, sebaliknya pada musim buah masak perlahan perlu jarakkan pusingan tuai.
·         Kos perbelanjaan menuai perlu diambilkira.  Oleh itu pastikan pusingan menuai benar-benar tepat.  Jika pusingan tuai terlalu panjang, masa terbuang memungut buah longgar.  Manakala pusingan tuai terlalu pendek bererti masa terbuang mencari tandan buah masak.

  ii.          Pusingan Dan Musim Utama
·      Pusingan menuai yang biasa digunakan ialah tiap-tiap 10 hari atau 3 kali sebulan.
·      Musim berbuah yang utama dalam setahun tidaklah begitu jelas, kalau ada pun ianya berbeza mengikut kawasan di Malaysia.
·      Jangkamasa ekonomik pokok ialah 25 - 30 tahun umur pokok di ladang.

 iii.          Memungut hasil

a.    Kaedah pemotongan tandan buah
·         Potong pelepah bawah tandan masak dengan pahat atau sabit bergalah.
·         Potongan seberapa rapat ke batang supaya buah longgar tidak jatuh di celah pelepah.
·         Angkat buah yang telah dipotong ke tepi jalan dan letakkan di pentas tuai.
·         Di tempat pengumpulan buah, potong tangkai tandan seberapa hampir ke tandan (panjang tangkai ialah kurang dari 5 sm).
·         Semua buah lerai mesti dipungut dan dimasukkan dalam beg.
·         Pengangkutan ke kilang ialah pada hari yang sama dengan masa menuai atau dalam masa 24 jam selepas menuai

b.    Hasil

·         Hasil  Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit mengikut umur pokok

Tahun dituai

Hasil tan metrik / 0.4 hek

1
2.03
(2 - 3 tahun selepas ditanam di ladang)

2
4.6 – 5.2
3
7.1 – 8.1
4
9.1 – 9.8
5
9.8 – 10.1
6
10.1 – 11.1
7
10.1 – 11.1





6.8
Lepastuai dan Pengilangan



6.8.1

Pengumpulan buah

    i.          Penerimaan dan mengukus BTB
·         BTS ditimbang dan dikumpul di atas ‘loading ramp’. Ia kemudian dimuatkan ke dalam peti-peti buah (sterilizer cages) untuk dikukus.
·         Peti-peti buah dipindah ke tempat mengukus dimana BTS dikukus dengan wap panas, 75 - 90 minit.
·         Ini bertujuan untuk:-
-       meleraikan buah dari tandan.
-       masakkan buah/isi untuk mudahkan proses dapatkan  minyak.
-       musnahkan enzim lipolitik yang menyebabkan pembentukan   FFA.
-       memudahkan jentera memproses minyak.
-       mengurangkan kadar isirong yang pecah semasa proses pemerahan minyak dan pemecahan biji.



6.8.2

Penggredan

    i.          Pengasingan buah dari tandan
·         Selepas itu peti pengukus diangkat oleh kren dan tandan-tandan dimasukkan dalam jentera melerai.
·         Buah yang lerai dimasukkan terus ke dalam ‘conveyor’ yang membawanya ke ‘fruit elevator’.
·         Dari sini ianya dibawa ke tempat penghancuran (digester and presser)






6.8.3
Pengilangan

    i.          Pengeluaran Minyak Dan Pembersihan
·         ‘Digester and Presser’ akan memanaskan buah 65 - 90 darjah C untuk melekangkan kulit sabut (perikap dan mesokap) dari biji.
·         Kulit sabut dihancurkan dan dimasukkan ke dalam penekan haidraulik skrew (tekanan tinggi) untuk keluarkan minyak (minyak kotor).
·         Selepas itu minyak kotor tadi dimasukkan dalam tangki minyak kotor untuk memendakkan pasir dan kekotoran.
·         Seterusnya minyak itu dipamkan ke tangki penjernihan.  Minyak tulin akan naik ke atas dan kemudian dihantar terus ke ‘Centrifugal purifier’.
·         ‘Centrifugal purifier’ membersihkan lagi minyak dari kotoran yang ada dan mengurangkan kelembapan.
·         Selepas itu minyak tadi dibawa ke tempat pengeringan (vacum drier) untuk pengeringan selanjutnya.
·         Sesudah itu barulah minyak dimasukkan ke tangki simpanan
  ii.          Mendapatkan kembali kernel (isirong)
·         Ketulan sabut dan biji dikeluarkan dari tempat penekan ke tempat pengangkutan untuk dipecah-pecah dan dikeringkan.
·         Selepas itu dimasukkan dalam ‘depericarper’ untuk mengasingkan biji dan sabut.
·         Angin kuat meniup sabut ke tempat pembakar manakala biji dibawa ke silo pengering biji ‘Nut Dryer Silo’ untuk dikeringkan.
·         Kemudian biji dihantar ke tempat pemecah biji (Nut cracker) untuk dipecahkan kepada tempurung dan kernel (isirong).
·         Tempurung dan kermel kemudiannya diasingkan oleh alat pengasing hidrosiklon ‘Hydrocyclone seperator’.
·         Di sini tempurung diasingkan dan dihantar ke tempat pembakar sebagai bahanapi manakala isirong dibawa ke silo pengering isirong untuk dikeringkan hingga 8% kelembapan sebelum dibegkan dan dijual.







Ringkasan Pengilangan Minyak dan Isirong Kelapa Sawit







Buah Tandan Baru (BTS)






Jentera Penimbang






Mengukus






Thresher










Buah dipisahkan dari tandan

Tandan kosong di bakar









Penghancuran dan penekanan












Buah dihancurkan

Ketulan bertekan









Minyak kotor

Pembersihan sabut buah









Tangki pembersih

Sabut dipisahkan dari biji













Lumpur dan kotoran

minyak

Sabut-sabut

Biji-biji














pembersihan




Silo pengeringan biji










Pengasingan lumpur

Pengeringan minyak




Pemecahan biji














Tangki simpanan




Tempurung & isirong

















haidrosiklon
Minyak
Lumpur &


bahanapi




kotoran


untuk








dandang
isirong
Tempurung
















Silo isirong











   parit




Isirong dibegkan








untuk dijual



Copy By : Institut Pertanian Ayer Hitam,Johor