6.0
|
TANAMAN
KELAPA SAWIT
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.1
|
Botani Tanaman Kelapa Sawit
Keluarga: Arecaceae
N.Sains: Elaeis
guineensis Jacq.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.1.1
|
Sifat pokok, akar, daun, bunga dan buah bagi tanaman
sawit
Pokok sawit
adalah pokok tegak, mencapai ketinggian 10m
dengan diameter batang
36cm atau lebih. Kelapa sawit
boleh mencapai 1800-2400cm tinggi secara semulajadi tetapi hanya antara 600
ke 900cm apabila ditanam. Pokok matang terdiri daripada satu batang tunggal
yang tegak lurus menegak antara 30-60cm diameter, dan membesar 45 ke 90
pertahun.Kelapa Sawit liar boleh mencecah umur 20tahun, tetapi kelapa sawit
ladang ditanam semula selepas berumur 25 tahun, bila mencecah 900cm tinggi
kerana sukar untuk dituai.
Kelapa Sawit
ialah jenis tanaman sejantina (monoecious) iaitu jambak bunga jantan dan
bunga betina terletak berasingan antara satu sama lain tetapi pada pokok yang
sama. Jambak bunga keluar dari celah-celah pelepah daun.
Jambak bunga
hermaphrodite (bunga jantan dan bunga betina pada jambak yang sama) biasanya
berlaku semasa permulaan pengeluaran jambak bunga.
I.
Jambak bunga jantan
·
Bentuk
jejari (spikelet) panjang 12 – 20cm.
·
Terdapat
200 spikelet satu tandan.
·
Debunga
warna putih keputihan (mengorak dari pangkal ke hujung spikelet) purata berat
debunga 25 - 50 gm sejambak.
·
Jangka
masa mengorek ialah 2 - 3 hari dan berbau seperti jintan manis.
·
Selepas
jangkamasa mengorak, spikelet berwarna coklat dan mula reput.
·
II.
Jambak bunga betina
·
Bentuk
kudup, 24 - 45 sm panjang.
·
Spikelet
berbentuk duri tersusun dalam lingkaran pada jambak.
·
Terdapat
beribu bunga betina yang keluar dari spikelet (stigma berbentuk trilobe).
·
Jangkamasa
bunga betina mengorak, 3 - 5 hari dan warna stigma putih kekuningan.
·
bunga mengorak dari atas ke bawah dan berbau
seperti jintan manis.
·
Selepas
jangkamasa mengorak stigma berwarna coklat merah kelabu.
III.
Buah kelapa sawit
·
Buah
kelapa sawit adalah jenis derup (mengandungi perikap di sekeliling bijinya)
·
Buah
masak 5 - 6 bulan selepas pendebungaan
·
Satu
tandan pokok dewasa boleh mempunyai purata 1,600 buah
·
Purata
berat setandan ialah 20 - 30 kg
·
Minyak
didapati dari sabut dan isirong
IV.
Akar
·
Akar serabut tanaman kelapa
sawit mengarah ke bawah dan sampingan.
·
Selain itu juga terdapat
beberapa akar napas yang tumbuh mengarah ke atas untuk mendapatkan tambahan
pengudaraan.
V.
Daun
·
Seperti jenis palma lainnya,
daunnya tersusun majmuk menyirip. Daun berwarna hijau tua dan pelepah
berwarna sedikit lebih muda.
·
Penampilannya agak mirip dengan
tanaman salak, dimana duri tumbuh pada sisi daun tua yang tidak terlalu keras
dan tajam apabila menghujung.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.2
|
Keperluan Asas Tanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.2.1
|
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman
I.
Tanah
·
Tanah
yang sesuai untuk kelapa sawit adalah seperti berikut asalkan ada pengudaraan
dan perparitan yang memuaskan.
·
Tanah
dataran yang gembur, tidak berlapisan batu/batu kerikil yang padat 1.2 m
daripada permukaan tanah
·
Tanah
lanar gembur berdekatan laut atau sungai dan tanah liat gembur berlapisan di
bawahnya dengan tanah liat peroi.
·
Tanah
gambut (tidak lebih dari 1 meter dalam) yang berlapisan di bawahnya dengan
tanah liat yang peroi
·
Tanah
kapar (iaitu gambut yang sudah kecut dan telah bercampur dengan tanah liat di
lapisan bawahnya).
II.
Iklim
·
Iklim
yang sesuai untuk kelapa sawit adalah seperti berikut:
-
Hujan
2000 mm atau lebih setahun, tanpa musim kering yang nyata.
-
Purata
suhu maksima 29 - 30 oC.
Purata suhu minima 22 - 24 oC.
-
Cahaya
matahari terus menerus 5 jam / hari setiap bulan dalam setahun.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.3
|
Kultivar Tanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.3.1
|
Jenis-jenis klon dan hibrid
I.
Dura
·
Tempurung
tebal 2 - 8 mm
·
Tiada
gelang serabut di keliling biji
·
Nisbah
mesokap dengan buah biasanya antara 35 - 50%
·
Kandungan
minyak pada mesokap berbanding dengan berat tandan ialah 17-18%
II.
Pisifera
·
Tiada
tempurung
·
Ada
gelang serabut di keliling biji
·
Mesokapnya
besar kerana tiada tempurung
·
Kebanyakan
bunga betina adalah mandul di mana kebanyakan tandan gugur pada peringkat awal pertumbuhan
·
Mengeluarkan
bunga jantan yang subur, sebab itu ia dijadikan sebagai induk jantan
III.
Tenera
·
Tempurung
nipis, kurang 3 mm
·
Ada
gelang serabut di keliling biji
·
Nisbah
mesokap dengan buah tinggi, iaitu 60 - 96%
·
Nisbah
minyak dengan berat tandan ialah 22 –
24%diperolehi dari kacukan dura (induk betina) x pisifera (induk jantan)
IV.
Olifera
·
Buahnya
jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Tenera, Dura dan Pisifera
·
Tidak
sesuai untuk minyak
·
Sabut
nipis dan tempurung agak tebal
·
Terdapat
isirong
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.3.2
|
Jenis-Jenis Bahan Tanaman
Jenis Bahan Tanaman yang boleh di dapati dari Agen
Pembekal
i.
Biji
benih belum bercambah
Perlu direndam dalam air terlebih dahulu untuk memulahkan
percambahan.
ii.
Biji
benih telah bercambah
Siap untuk disemai dalam polibeg di
tapak semaian.
iii.
Anak
benih tanpa polibeg
Berumur lebih kurang 3 bulan dengan 2 atau 3 helai daun
telah kembang.Tidak digalakan kerana banyak kerosakan berlaku kepada benih
iv.
Anak
benih dalam polibeg kecil
Berumur lebih kurang 3 bulan dalam
polibeg berukuran 15 x 23 cm dan Perlu diubah ke polibeg besar dan dijaga
selama 8 bulan sebelum ditanam di ladang.
v.
Anak
benih dalam polibeg besar
Berumur lebih kurang 11 bulan dan siap untuk
ditanam di ladang.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.3.3
|
Penyediaaan hibrid dan klon tanaman
Kultivar-kultivar
yang disyorkan ialah hibrid dari kacukan Dura x Pisifera secara pendebungaan terkawal dan perlu
diperolehi dari pengeluar-pengeluar bertauliah.
i.
Pendebungaan
terkawal
Ialah proses kacukan antara Dura x
Pisifera untuk mendapatkan Tenera.Baka jantan terpilih jenis Pisifera diambil
debunganya dan dikacukkan dengan baka betina terpilih dari jenis Dura.
ii.
Tujuan
Pendebungaan Terkawal
Untuk mendapatkan bahan tanaman
terpilih (biji benih) dari baka terbaik, setelah melalui beberapa peringkat
penyelidikan. Biji benih yang tidak bermutu akan mengurang hasil sehingga 25%
setahun di ladang sehingga pokok itu tua.
iii.
Langkah-langkah
pendebungaan terkawal
a.
Pengumpulan
bunga jantan
·
Bila
upih jambak mulai pecah/koyak (7 - 10 hari sebelum debunga matang) jambak
terpilih bunga jantan pisifera dibungkus dengan beg bertingkap plastik.
·
Sebelum
membungkus, sembur larutan formalin 40% (1 bahagian formaldehyde + 10
bahagian air suling) untuk membunuh semua debunga asing dan organisma hidup
·
Pangkal
jambak disalutkan dengan kapas yang telah dirawat dengan racun serangga
semasa mengikat beg pendebungaan.
·
Selepas
debunga matang, bunga di dalam beg digoncang dan dikumpulkan dalam beg
kertas.
·
Debunga
ditapis dan dikeringkan dalam oven suhu 35 - 40 oC selama 48 jam
b.
Penyediaan
jambak Bunga Betina
·
Sembur jambak bunga betina Dura terpilih dengan
larutan formalin 7 - 10 hari sebelum bunga matang (mengorak).
·
Balut
jambak dengan beg kanvas (61 x 48 sm) bertingkap plastik.
·
Apabila
bunga betina matang (mengorak), buatkan satu lubang kecil di bahagian atas
pembungkusnya.
·
Kemudian
pancutkan debunga (dalam penyembur plastik) 5 kali tiap-tiap hujung dalam
beg. Tepuk-tepukan beg.
·
Beg
dibiarkan sehingga buah masak.
c.
Penyediaan
biji untuk percambahan
·
Pilih
biji yang baik (dari pendebungaan terkawal)
·
Spikelet
diceraikan dari tandan dan disimpan dalam guni 2 - 3 hari supaya buah tidak
relai dari spikelet.
·
Buah-buah
dimasukkan ke dalam mesin ‘dipericarper’ selama 1- 2 jam untuk buang sabut.
·
Kikis
biji yang kurang bersih dan pilih biji-biji yang baik, kemudian basuh dengan
larutan thiram (racun kulat) selama 2 minit.
·
Biji
dikeringkan di atas para pengering bersuhu bilik selama 48 jam.
·
Selepas
itu disimpan di dalam setor (suhu 18 - 20 oC) atau terus
dicambahkan dengan kandungan kelembapan biji 18 - 19%.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.4
|
Persediaan Sebelum Menanam
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.4.1
|
Benih Tanaman dan Tapak Semaian
i.
Langkah-langkah
percambahan Biji Benih Cara NIFOR
·
Masukkan
biji-biji (telah kering) ke dalam beg plastik lutsinar (30 x 45 sm) 500
biji/beg
·
Beg-beg
tersebut dimasukkan ke dalam bilik haba 38 - 40 oC selama 40 hari
untuk mempercepatkan percambahan yang sekata dan serentak.
·
Periksa
kelembapan dan jangkitan kulat setiap 10 hari.
·
Selepas
40 hari, biji-biji dikeluarkan dan direndam dalam air selama 2 - 3 hari
supaya kelembapan biji meningkat sehingga 20 - 22%
·
Biji-biji
tersebut dicuci dan direndam dalam larutan pencegah kulat tidak melebihi 2
minit.
·
Masukan
biji-biji (dalam keadaan lembab) ke dalam beg plastik lut cahaya 500
biji/beg.
·
Letakkan
atas para pengering di bilik
percambahan bersuhu bilik.
·
Biji
akan bercambah 7 - 10 hari hingga 30 hari, percambahan boleh mencapai 90%.
·
Selepas
10 - 14 hari, biji-biji yang bercambah dan cergas boleh terus disemai dalam
polibeg.
·
Biji-biji
yang rosak diasingkan.
·
Biji-biji
yang baik akan mempunyai akar yang sederhana panjang, tidak patah pucuk dan
tidak berpenyakit.
·
Jangkamasa
dari membungkus bunga betina sehingga biji bercambah dan disemai dalam
polibeg ialah 8 - 10 bulan.
ii.
Benih
terbaik ialah jenis Tenera dan boleh dipesan dari agensi-agensi penyelidikan
yang diakui oleh kerajaan. Beberapa pembekal yang diakui oleh kerajaan.
·
FELDA
Sungai Tekam Pahang.
·
Oil
Palm Research Station, Banting, Selangor. (Golden Hope)
·
Chemara
Agriculture Service, Seremban, Negeri Sembilan.
·
The
United Plantation Research Station, Telok Intan, Perak.
·
Applied
Agroecolgical Research station Sg. Buluh Selangor.
·
Stesen
Penyelidikan Jabatan Pertanian, Ulu Dusun Sandakan.
iii.
Tapak
semaian
Tanaman yang baik di ladang bermula
dari tapak semaian yang baik
pengurusannya dan kawalannya.
a.
Ciri-ciri
tapak semaian yang sempurna
·
Tempat
rata, tidak berpenyakit, senang dilawat, tidak banjir dan dekat dengan lading
·
Terdapat
tanah yang sesuai (lom berpasir) untuk tanah campuran
·
Dekat
dengan punca air (untuk menyiram)
·
Dekat
dengan jalan utama
·
Mempunyai
lindungan untuk biji benih yang baru bercambah
b.
Kepentingan
tapak semaian
·
Penjagaan
awal yang sempurna
Pengumpulan
anak benih setempat akan memudahkan perlaksanaan kerja penyelenggaraan dengan sempurna seperti membaja, menyiram
dan kawalan rumpai.
·
Pertumbuhan
yang seragam
·
Tapak
semaian dapat menjamin tumbersaran anak benih yang seragam/sekata. Penting
untuk memudahkan operasi penyelenggaraan ladang.
·
Memudahkan
kerja pemilihan
Pemilihan
anak benih yang subur dan sihat untuk ditanam ke ladang mudah dilakukan di tapak semaian
·
Memudahkan
penggantian anak benih
Penggantian anak benih
yang mati atau terbantut dapat dibuat terus pada peringkat awal lagi kerana
anak benih yang mati, terbantut atau rosak mudah dikesan di tapak semaian.
·
Mengurangkan
risiko serangan musuh dan penyakit
Pada
peringkat pertumbuhan awal, anak benih sawit terdedah kepada serangan musuh
dan penyakit. Pengumpulan anak benih setempat dapat mengurangkan risiko ini melalui
perlaksanaan langkah-langkah kawalan dan penyelenggaraan secara menyeluruh.
·
Memudahkan
perancangan kerja
Bagi kegiatan pembukaan tanah secara
besar-besaran, biji benih sawit boleh disediakan berdasarkan kepada keperluan. Perancangan
awal ini boleh mengelakan masalah benih
tidak mencukupi setelah ladang siap dibersihkan dan sedia untuk
ditanam
·
Pencapaian
hasil tinggi
Anak benih sawit yang telah diberi
penjagaan dan pengawasan rapi dapat menjamin
pengeluaran hasil yang tinggi di ladang, jika amalan pengurusan ladang
yang baik dilaksanakan selepas anak benih ditanam ke ladang.
vi.
Terdapat
dua jenis tapak semaian sawit iaitu:-
a.
Tapak
Semaian Satu Peringkat - menggunakan
satu peringkat polibeg
b.
Tapak
Semaian Dua Peringkat - menggunakan
dua peringkat polibeg
Langkah-langkah
Penyediaan Tapak Semaian Satu
Peringkat
a. Keperluan bahan
·
Polibeg
hitam berukuran 38 x 51 sm setebal 0.12 mm.
·
Polibeg
hitam berukuran 46 x 61 sm setebal 0.12 mm untuk pokok gantian. (Bahagian tengah hingga bawah polibeg
terdapat lubang-lubang kecil garispusat 5 mm dengan jarak 8 x 8 sm).
·
Nisbah
tanah campur yang disyorkan
Ø
3
tanah atas : 1 tanah lanar : 1 pasir
Ø
3
tanah atas : 1 pasir
Ø
6
tanah liat gembur : 2 pasir : 1 baja organic
b.
Mengisi
tanah dalam polibeg
c.
Susunan
Polibeg
·
Disusun
rapat (4 beg lebar dan 25 beg panjang).
·
Jarak
antara jalur beg dengan lorong ialah 0.6 m dan jarak antara petak 0.3 m.
·
Susunan
beg diubah selepas 3 bulan disemai
d.
Menyemai
Biji
·
Siram
air secukupnya pada beg.
·
Benih
perlu disemai selewatnya 4 hari dari tarikh terima benih.
·
Semai
dengan permukaan atas benih 1.8 sm di bawah permukaan tanah dan tidak terlalu
dalam.
·
Pastikan
pucuk ke atas dan akar ke bawah (akar keras dan berwarna gelap coklat dan
pucuk lembut berwarna terang keputihan).
·
Cara
semai, korek lubang dengan tangan sedalam 1.8 sm, lebar 2.5 sm dan tekan
perlahan-lahan serta kambus.
·
Siram
selepas kambus
e.
Sungkupan
·
Digalakkan
untuk mengawal kelembapan, menurunkan suhu tanah dan mengelakkan kerosakan
tanah semasa menyiram.
·
Guna
lalang kering (dipotong-potong), batu sungai halus, pasir kasar bersih atau
pecahan tempurung kelapa sawit.
·
Ketebalan
sungkupan 2.5 cm
Langkah-langkah
Penyediaan Tapak Semaian Dua Peringkat
·
Cara
yang sama dengan tapak semaian satu peringkat kecuali pada peringkat awal
polibeg berukuran 15 x 23 sm digunakan.
·
Apabila
anak benih berumur 4 - 5 bulan (4 -5 helai daun) ia diubah ke polibeg kedua
berukuran 38 x 51 cm (peringkat pertama 15cm x 23 cm).
·
Anak
benih boleh dibiarkan sehingga 16 bulan.
vii.
Penyelenggaraan
di tapak semaian
a.
Menyiram
·
2
kali sehari (jika tiada hujan) iaitu sebelum 11.00 pagi dan selepas 4.00
petang.
b. Mengawal Rumpai
·
Sekali/bulan
antara polibeg dan di dalam polibag secara manual
·
Jika
racun digunakan, perlulah dari jenis sentuh serta menggunakan kon untuk
keselamatan benih.
c.
Membaja
·
Dari
peringkat umur 2 helai daun hingga kebulan ke empat gunakan larutan Urea
(25 g Urea + 100 liter air/100 pokok)
dan larutan Ammonium fosfat berselang seminggu sekali. Anak benih dibilas selepas siraman baja.
·
Anak
benih yang berumur 4 bulan dan ke atas, pembajaan adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.4.2
|
Penyediaan kawasan penanaman
i.
Mengukur
kawasan
·
Kawasan
ladang perlu diukur sempadannya supaya keluasan yang sebenar dapat di
tentukan
ii.
Perparitan
·
Penting
untuk menanda sempadan dan mengelak air bertakung yang boleh menyebabkan
hakisan tanah.
·
Untuk
mendapatkan paras air yang sesuai, parit besar dibina terlebih dahulu sebelum
parit-parit kecil dibina.
·
Ukuran
parit utama - 1m lebar dasar, 1.2 m dalam dan 1.5 m lebar atas.
·
Ukuran
parit cawangan - 0.3 lebar dasar, 0.6 m dalam dan 1 m lebar permukaan (atas)
iii.
Membaris
·
Untuk
mendapatkan tanda lubang tanaman.
·
Dibuat
arah Utara - Selatan supaya tanaman mendapat cahaya matahari
iv.
Teres
·
Dibuat
mengikut kontor.
·
Berukuran
1.8 m - 2.4 m lebar dan mengikut jarak tanaman.
·
Dibina
di kawasan yang sangat curam bertujuan untuk mengelakkan hakisan, memudahkan
penyelenggaraan dan kutipan hasil.
v.
Jalan
Ladang
·
Perlu
dibina untuk melancarkan pergerakkan aktiviti di ladang
vi.
Lubang
tanaman
·
Lubang
tanaman seluas 1m x 1m x 0.5m perlu disediakan terlebih dahulu sebelum anak
pokok di bawa ke ladang.
·
Seelok-eloknya
penanam di lakukan semasa awal musim hujan untuk memberikan bekalan air
secukupnya kepada anak pokok.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.5
|
Kaedah Penanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.5.1
|
Sistem dan jarak penanaman
·
Sistem
tanaman yang digunakan ialah 3 segi dan 4 segi.
·
Sistem
3 segi lebih kerap digunakan
A. Sistem
4-Segi
Jumlah pokok/ha. = Luas kawasan sehektar
Jarak tanaman
= 10 000m2
Jarak
tanaman
Contoh pengiraan :
·
Jika
jarak tanaman ialah 8.8 m x 8.8 m
·
Jumlah
pokok/ha = 10
000 m2
Jarak tanaman
= 10,000
m2
8.8 m x 8.8 m
= 129 pokok.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
B. Sistem
3 - Segi
Jumlah
pokok/ha = Luas kawasan sehektar x
1.15
Jarak
tanaman
= 10 000m2 x
1.15
Jarak tanaman
Contoh pengiraan :
·
Jika
jarak tanaman ialah 8.8 m x 8.8 m x 8.8 m
·
Jumlah
pokok/ha = 10 000 m2 x
1.15
Jarak tanaman
= 10,000 m2 x 1.15
8.8
m x 8.8 m
= 148 pokok.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.5.2
|
Teknik penanaman
i.
Menanam
Penutup Bumi
·
Penutup
bumi adalah tanaman dari jenis kekacang yang menjelar misalnya Mucuna bracteata, Pueraria spp., Centrosema
spp. dan Calopogonium spp.
·
Tujuan menanam penuntup bumi:
o
Meninggikan
kesuburan tanah melalui pengikatan nitrogen oleh bintil akar.
o
Mengawal hakisan terutama di kawasan curam.
o
Mengekalkan
kelembapan tanah.
o
Membaiki
struktur tanah dan pengudaraan.
o
Mengawal
rumpai yang tidak dikehendaki
ii.
Persediaan
di tapak semaian sebelum menanam keladang
·
Pastikan
anak benih berumur sekurang-kurangnya 11 bulan sebelum ditanam di lading.
·
Anakbenih
telah melalui pemilihan/penakaian peringkat terakhir.
·
Siram
air sekurang-kurangnya 19 liter/pokok dihari anak benih akan diangkut
keladang.
iii.
Penanaman
di ladang
·
Tabur
baja rock phosphate (CIRP), 250 - 350 g/lubang bertujuan untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar.
·
Koyakkan
polibeg dan masukkan anak benih menegak dan kambus.
·
Pastikan
buku pangkal pokok tidak tertanam/kambus.
·
Jika
pangkal pokok lemah, tanam dalam sedikit.
·
Tanah
dikeliling pokok dipadatkan
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.6
|
Amalan Pengurusan Tanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.1
|
Keperluan dan kekerapan penyiraman
·
Peringkat
awal penanaman keupayaan akar untuk mendapatkan air adalah rendah maka
penyiraman yang secukupnya di perlukan.
·
Kadar
penyiraman 2 kali sehari di perlukan dengan kuantiti yang banyak dan
diberhentikan jika terdapat hujan turun
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.2
|
Jenis, kekerapan dan teknik pembajaan
Keperluan
baja sebenar berbeza bergantung kepada lokasi, umur pokok, jenis tanah, iklim
dan cara pengurusan.
i.
Kaedah
Membaja
·
Bagi
pokok berumur kurang 5 tahun.
Baja ditabur secara bulatan
merangkumi keluasan rimbunan daun (canopy).
·
Bagi
pokok dewasa lebih 5 tahun.
Akar-akar akan menjalar melewati
kawasan kedapatan zat makanan dan air.
Oleh itu pembajaannya adalah seperti
berikut:-
o
Baja
ditabur di tempat yang sama.
o
Baja
ditabur seberapa luas kawasan yang boleh.
o
Pelepah
yang dipotong diletakkan ditempat yang sama.
ii.
Jadual
dan Kadar Pembajaan
Kuantiti
Keperluan Baja (Kg) Setiap Pokok / Tahun
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.3
|
Teknik pendebungaan
Pada peringkat awal pengeluaran
bunga betina dan jantan, pokok kelapa sawit agak muda dan perlu di buang
bunganya untuk member peluang pokok kelapa sawit membesar dengan sempurna.
i.
Mengkasi
bermaksud membuang jambak bunga (bunga betina dan jantan) pada pokok muda.
·
Dijalankan
bila pokok mula mengeluarkan bunga, berumur 14 - 24 bulan selepas ditanam di
ladang (kekerapan - 30 hari satu pusingan).
·
Jumlah
pusingan hingga mula menuai ialah 10 kali.
·
Hentikan
mengkasi 6 bulan sebelum penuaian pertama
ii.
Tujuan
mengkasi
·
Penuaian
tandan buah awal yang kecil tidak ekonomik (kandungan minyak rendah).
·
Pengeluaran
bunga peringkat awal tidak kekal, jika dibiarkan, ia akan reput disebabkan
penyakit reput tandan akibat kulat Marasmius
dan serangan ulat Tirathaba. Tikus juga sangat gemar kepada keadaan ini.
·
Menggalakkan
pertumbuhan tampang pokok.
·
Membolehkan
saiz seterusnya lebih besar dan pertumbuhan pokok yang sekata.
iii.
Cara
mengkasi
·
Tandan
bunga mudah/kecil (3 - 4 bulan pertama) ialah dengan menarik keluar jambak
bunga dengan tangan (pakai sarung tangan tebal).
·
Jambak
bunga besar, pakai pahat 3”.
·
Kumpul
dan buang di satu tempat, jangan bertaburan.
·
Jangan
rosakkan pelepah pokok.
·
Dewasa
ini pendebungaan kelapa sawit dijalankan oleh kumbang Elaeidobius kamerunicus. Ia
dibawa masuk dari Afrika Barat pada tahun 1981. Edaran hidupnya adalah
sempurna dan hidup pada jambak bunga jantan kelapa sawit. Kumbang-kumbang ini
hinggap pada.
·
Bunga
betina kerana tertarik pada bau bunga betina Ia tidak boleh hidup pada
tanaman lain.
·
Kumbang
betina bertelur pada bunga jantan. Biasanya satu telur satu floret (bunga
kecil)
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.4
|
Pemangkasan
Pemangkasan
pelepah merupakan salah satu amalan penting yang mempengaruhi pengeluaran
hasil sawit. Dari segi pengurusan tanaman sawit, memangkas bermakna memotong
dan membuang pelepah yang tidak berfungsi atau pelepah di mana fotosintesis
telah berhenti atau ditahap yang minimum.
i.
Tujuan pemangkasan pelepah
a.
Memudakan
penuian
·
Bilangan
pelepah yang optimum dan tersusun elok akan memudahkan penuaian
b.
Memudahkan
penilaian kemasakan buah
·
Penuai
senang mengenal pasti tandan yang masak semasa mencari buah masak
c.
Mengurangkan
kehilangan buah relai.
·
Jumlah
buah relai yang tersangkut pada celah-celah pelepah dapat diminimakan
d.
Mengurangkan
kejadian penyakit
·
Pelepah
yang banyak dan berserabut menyebabkan keadaan persekitaran tandan buah
lembab dan sesuai untuk penyakit kulat yang menyerang tandan buah seperti Marasmius palmivorus.
ii.
Kesan
pemangkasan yang belebihan
a.
Bilangan
dan berat tandan akan berkurangan.
b.
Hasil
BTS menurun dengan ketaranya jika bilangan pelepah kurang dari 32
pelepah/pokok dalam satu masa.
c.
Lebih
banyak bunga jantan dikeluarkan oleh pokok sawit.
d.
Hasil
rendah biasanya berlaku dua tahun selepas pemangkasan berlebihan dibuat. Ini
kerana pembentukan bunga berlaku lebih kurang 20 – 24 bulan sebelum tandan
masak.
iii.
Panduan pemangkasan pelepah
Untuk mendapatkan tahap
pemangkasan yang optimum, berikut diberikan jumlah pelepah yang perlu
sentiasa disimpan mengikut umur.
a.
Pokok
muda di bawah 4 tahun.
·
Buang
pelepah yang kering sahaja. Walaubagaimanapun, tiada pemangkasan langsung
bagi pokok muda yang ditanam di tanah gambut kerana ia akan mengakibatkan
pokok rebah semasa angin kuat. Curi tandan iaitu memotong buah tanpa
memangkas pelepah di bawahnya adalah digalakkan
b.
Pokok
berumur 4 – 7 tahun
·
Simpan
40 – 48 pelepah/pokok. Tinggalkan 2 – 3 pelepah di bawah tandan yang terbawah
sekali.
c.
Umur
8 – 14 tahun
·
Simpan
40 – 48 pelepah/pokok. Tinggalkan 2 pelepah di bawah tandan yang terbawah
sekali.
d.
Umur
melebihi 15 tahun
·
Simpan
32 – 40 pelepah/pokok. Tinggalakan 1 – 2 pelepah di bawah tandan yang
terbawah sekali
iv.
Cara dan masa memangkas
·
Pemangkasan
dibuat dengan menggunakan pahat atau sabit pemotong tandan mengikut
ketinggian pokok. Potong pangkal pelepah seberapa rapat yang boleh dengan
batang sawit. Ini untuk mengelakan buah relai daripada tersangkut di
celahnya.
·
Pangkal
pelepah yang panjang boleh menyebabkan pelepah-pelepah di atasnya tumbuh
menegak dan memberi kesan negatif terhadap pengeluaran hasil.
·
Kekerapan
dan masa memangkas bergantung kepada kesesuaian pengurusan ladang. Program
pemangkasan sekali atau dua kali setahun adalah memadai,
walaubagaimanapun, program ini tidak perlu
jika pemangkasan dilakukan dengan betul dan teratur pada setiap pusingan
menuai.
·
Pelepah
yang telah dipangkas disusun dengan teratur iaitu disusun dengan selang
sebaris
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.5
|
Jenis, simptom dan kawalan perosak
i.
Perosak-Perosak
Kelapa Sawit Di Ladang
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.6
|
Jenis, simptom dan kawalan penyakit
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.6.7
|
Pengawalan rumpai
i. Tujuan
·
Supaya
kawasan keliling dan antara pokok bebas dari habitat serangga dan penyakit.
·
Mengelakkan
saingan baja oleh rumpai.
·
Menggalakan
pertumbuhan tanaman penutup bumi.
·
Kebersihan
parit, lorong dan jalan lading.
·
Memudahkan
perlaksanaan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan lading.
ii. Kawalan rumpai di Kawasan Pokok Muda
·
Gunakan
cangkul dan elakkan penggunaan racun kimia.
·
Cara
bulatan 1 meter dari pangkal pokok.
·
Dilaksanakan
2 bulan sekali sehingga 3 tahun umur pokok di ladang
iii. Kawalan Rumpai di Kawasan Pokok
Matang
·
Dilaksanakan
3 bulan sekali (4 kali/tahun).
·
Gunakan
cangkul atau racun kimia. Jika gunakan
racun kimia, kon perlu digunakan dimuncung penyembur.
·
Sebaiknya
2 kali gunakan cangkul dan 2 kali gunakan racun kimia secara berselang.
iv. Kawalan Rumpai antara Barisan
·
Bersihkan
segala jenis rumpai seperti lalang, anak kayu dan sebagainya.
·
Gunakan
cangkul atau racun kimia
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.7
|
Kematangan dan Pengutipan Hasil
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.7.1
|
Indeks kematangan hasil
·
Piawaian
minima tandan masak adalah tertakluk kepada piawai operasi (standard of procedure SOP) estet
masing-masing. Contohnya ialah setelah sekurang-kurangnya sebiji buah jatuh
daripada satu tandan. Ada juga yang berdasarkan kepada sekurang-kurangnya
lima buah gugur daripada satu tandan.
·
Sebagai
alternatif, tandan masak juga boleh ditentukan dengan melihat warna mesokarp.
Tandan dikira masak apabila mesokarp berwarna oren kemerahan, mengkal apabila
berwarna kuning oren dan mudah apabila berwarna kuning.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.7.2
|
Proses dan tempoh penghasilan buah
·
Mengeluarkan
hasil selepas 2 ½ - 3 tahun ditanam di ladang.
·
Buah
dituai (matang) 5 - 6 bulan selepas pendebungaan.
·
Minyak
yang berkualiti tinggi ialah apabila buah mengandungi asid lemak bebas (FFA)
paling rendah iaitu 2- 3% dan jika
5% atau lebih, kualiti minyak dikira rendah dan harga pasarannya akan jatuh.
·
Asid
lemak bebas (FFA) buah yang masih melekat pada tandan ialah 0.2 - 0.7%, dan
apabila buah gugur FFA naik 1% dalam masa 24 jam dan terus naik pada kadar
0.9% setiap hari maka adalah mustahak
ketepatan waktu menuai, kebersihan dan kecederaan buah diambil kira untuk
mengawal kenaikan FFA dan seterusnya mrendahkan harga pasaran minyak.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.7.3
|
Pengutipan hasil
i.
Prinsip
menuai
·
Menuai
pada darjah tertentu, kemasakan buah, dan pusingan menuai yang sesuai supaya
minyak bermutu tinggi.
·
Pusingan
menuai jangan terlalu panjang.
·
Buah
yang belum masak pula, janganlah terlalu masak pada pusingan menuai akan
datang.
·
Pada
musim buah berterusan masak, pusingan tuai dipendekkan, sebaliknya pada musim
buah masak perlahan perlu jarakkan pusingan tuai.
·
Kos
perbelanjaan menuai perlu diambilkira.
Oleh itu pastikan pusingan menuai benar-benar tepat. Jika pusingan tuai terlalu panjang, masa
terbuang memungut buah longgar.
Manakala pusingan tuai terlalu pendek bererti masa terbuang mencari
tandan buah masak.
ii.
Pusingan
Dan Musim Utama
·
Pusingan
menuai yang biasa digunakan ialah tiap-tiap 10 hari atau 3 kali sebulan.
·
Musim
berbuah yang utama dalam setahun tidaklah begitu jelas, kalau ada pun ianya
berbeza mengikut kawasan di Malaysia.
·
Jangkamasa
ekonomik pokok ialah 25 - 30 tahun umur pokok di ladang.
iii.
Memungut
hasil
a.
Kaedah
pemotongan tandan buah
·
Potong
pelepah bawah tandan masak dengan pahat atau sabit bergalah.
·
Potongan
seberapa rapat ke batang supaya buah longgar tidak jatuh di celah pelepah.
·
Angkat
buah yang telah dipotong ke tepi jalan dan letakkan di pentas tuai.
·
Di
tempat pengumpulan buah, potong tangkai tandan seberapa hampir ke tandan
(panjang tangkai ialah kurang dari 5 sm).
·
Semua
buah lerai mesti dipungut dan dimasukkan dalam beg.
·
Pengangkutan
ke kilang ialah pada hari yang sama dengan masa menuai atau dalam masa 24 jam
selepas menuai
b. Hasil
·
Hasil Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit mengikut
umur pokok
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6.8
|
Lepastuai dan Pengilangan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.8.1
|
Pengumpulan buah
i.
Penerimaan
dan mengukus BTB
·
BTS
ditimbang dan dikumpul di atas ‘loading ramp’. Ia kemudian dimuatkan ke dalam
peti-peti buah (sterilizer cages) untuk dikukus.
·
Peti-peti
buah dipindah ke tempat mengukus dimana BTS dikukus dengan wap panas, 75 - 90
minit.
·
Ini
bertujuan untuk:-
-
meleraikan
buah dari tandan.
-
masakkan
buah/isi untuk mudahkan proses dapatkan
minyak.
-
musnahkan
enzim lipolitik yang menyebabkan pembentukan
FFA.
-
memudahkan
jentera memproses minyak.
-
mengurangkan
kadar isirong yang pecah semasa proses pemerahan minyak dan pemecahan biji.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.8.2
|
Penggredan
i.
Pengasingan
buah dari tandan
·
Selepas
itu peti pengukus diangkat oleh kren dan tandan-tandan dimasukkan dalam
jentera melerai.
·
Buah
yang lerai dimasukkan terus ke dalam ‘conveyor’ yang membawanya ke ‘fruit elevator’.
·
Dari
sini ianya dibawa ke tempat penghancuran (digester
and presser)
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
6.8.3
|
Pengilangan
i.
Pengeluaran Minyak Dan
Pembersihan
·
‘Digester and Presser’ akan memanaskan buah 65 - 90 darjah
C untuk melekangkan kulit sabut (perikap dan mesokap) dari biji.
·
Kulit
sabut dihancurkan dan dimasukkan ke dalam penekan haidraulik skrew (tekanan
tinggi) untuk keluarkan minyak (minyak kotor).
·
Selepas
itu minyak kotor tadi dimasukkan dalam tangki minyak kotor untuk memendakkan
pasir dan kekotoran.
·
Seterusnya
minyak itu dipamkan ke tangki penjernihan.
Minyak tulin akan naik ke atas dan kemudian dihantar terus ke
‘Centrifugal purifier’.
·
‘Centrifugal
purifier’ membersihkan lagi minyak dari kotoran yang ada dan mengurangkan
kelembapan.
·
Selepas
itu minyak tadi dibawa ke tempat pengeringan (vacum drier) untuk pengeringan
selanjutnya.
·
Sesudah
itu barulah minyak dimasukkan ke tangki simpanan
ii.
Mendapatkan kembali kernel
(isirong)
·
Ketulan
sabut dan biji dikeluarkan dari tempat penekan ke tempat pengangkutan untuk
dipecah-pecah dan dikeringkan.
·
Selepas
itu dimasukkan dalam ‘depericarper’ untuk mengasingkan biji dan sabut.
·
Angin
kuat meniup sabut ke tempat pembakar manakala biji dibawa ke silo pengering
biji ‘Nut Dryer Silo’ untuk dikeringkan.
·
Kemudian
biji dihantar ke tempat pemecah biji (Nut cracker) untuk dipecahkan kepada
tempurung dan kernel (isirong).
·
Tempurung
dan kermel kemudiannya diasingkan oleh alat pengasing hidrosiklon
‘Hydrocyclone seperator’.
·
Di
sini tempurung diasingkan dan dihantar ke tempat pembakar sebagai bahanapi
manakala isirong dibawa ke silo pengering isirong untuk dikeringkan hingga 8%
kelembapan sebelum dibegkan dan dijual.
|
Ringkasan Pengilangan Minyak dan
Isirong Kelapa Sawit
|
|||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||
|
Buah
Tandan Baru (BTS)
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||||||||||
|
Jentera
Penimbang
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||||||||||
|
Mengukus
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||||||||||
|
Thresher
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||||||||||
|
|
|
|
||||||||||||||||||||
|
Buah
dipisahkan dari tandan
|
|
Tandan
kosong di bakar
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||
|
Penghancuran
dan penekanan
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||
|
Buah
dihancurkan
|
|
Ketulan
bertekan
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||
|
Minyak
kotor
|
|
Pembersihan
sabut buah
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||
|
Tangki
pembersih
|
|
Sabut
dipisahkan dari biji
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||||
Lumpur
dan kotoran
|
|
minyak
|
|
Sabut-sabut
|
|
Biji-biji
|
|||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||
|
|
|
pembersihan
|
|
|
|
|
Silo
pengeringan biji
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||
Pengasingan
lumpur
|
|
Pengeringan
minyak
|
|
|
|
|
Pemecahan
biji
|
||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||
|
|
|
Tangki
simpanan
|
|
|
|
|
Tempurung
& isirong
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
haidrosiklon
|
|||||||||||||||
Minyak
|
Lumpur
&
|
|
|
bahanapi
|
|
|
|||||||||||||||||
|
|
kotoran
|
|
|
untuk
|
|
|
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
dandang
|
isirong
|
Tempurung
|
||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Silo
isirong
|
|
|||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||||||||||||||
|
parit
|
|
|
|
|
Isirong
dibegkan
|
|
||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
untuk
dijual
|
|
|||||||||||||||
Copy By : Institut Pertanian Ayer Hitam,Johor